Title | Tajuk : Kita Hormati Bakat Pelukis-Pelukis Tanah Air
Magazine | Majalah : Bintang
Author | Penulis : –
Date | Tarikh : No 84, 16 Oktober 1958
Page | Mukasurat : 21
Dengan ini sudah menjadi 15 oranglah sudah bakat-bakat pelukis tanah air kita yang telah mendapat tempat penyiarannya di ruangan ini. Kita belum dapat menentukan sampai berapa orangkah jumlahnya nanti bakat-bakat itu semuanya (pelukis yang menghantarkan lukisannya khas untuk ruangan ini). Yang ternyata sekarang ini lukisan-lukisan yang dimaksudkan itu masih tetap datang kepada kita dari pelukis-pelukis yang berlainan – meskipun ada juga di antaranya lukisan-lukisan yang dikirim oleh pelukis-pelukis yang telah pernah kita siarkan di ruangan ini dahulunya.
Pertama untuk keluaran ini kita perkenalkan saudara Emzek Ghani dari Asahan (Melaka) dengan lukisannya menurunkan wajah saudara P. Ramlee dalam filemnya “Sarjan Hassan”. Menurut saudara pelukis ini, lukisan tersebut adalah disalinnya dari gambar yang tersiar dalam “Majalah Bintang” bilangan 80 (keluaran 16 Ogos) yang lalu. Saudara Emzek melukis dengan indian ink.
Kedua, kita perkenalkan pula saudara Rosdin dari Tangkak (Muar) dengan lukisannya merupakan wajah saudari Hasnah Rahman. Saudara Rosdin ini juga melukiskannya dengan indian ink.
Dan ketiganya ialah saudara Nor Taib dari Kota Bharu (Kelantan) dengan lukisannya menurunkan wajah saudari Dayang Sofea. Lukisannya ini telah dibuat dengan pensil kayu sahaja tetapi agak terang kelihatannya dan ukuran lukisannya agak besar iaitu 7 inci lebar dan 10 inci panjang.
Kepada para pelukis yang telah menghantarkan lukisannya untuk disiarkan dalam ruangan ini kita harap dapatlah bersabar menunggu gilirannya yang tentu akan tiba mendapat tempat siarannya.
Sekianlah sahaja.