Bahasa Melayu Dalam Lapangan Seni Lukis

Title | Tajuk : Bahasa Melayu Dalam Lapangan Seni Lukis
Magazine | Majalah :  Majalah Mastika
Author | Penulis : Abdul Ghani Hamid, Singapura
Date | Tarikh : September 1956
Page | Mukasurat : 15 – 17

[Karangan ini ialah kertaskerja saudara Abdul Ghani untuk Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang bersidang mulai tanggal 16 hingga 21 September yang lalu]

XXX untuk mengetahui peranan bahasa di lapangan seni lukis, kita lebih dulu mustahak XXX seluas mana dan sejauh mana XXX seni lukis subur di kalangan XXX kita hanya dengan mengetahui XXX seni lukis itu sajalah XXX kita menerima dan mengumpulkan bahan-bahan yang berhubung dengan peranan bahasa Melayu dalam lapangan seni lukis.

1956_sep_mastika01

Pada tanggal 12 Julai yang lalu telah dipamerkan hasil-hasil lukisan seluruh pelukis-pelukis Melayu Persekutuan dan Singapura di Dewan British Council, Kuala Lumpur. Gambar menunjukkan sebahagian daripada para tetamu yang ikut menyaksikan pameran tersebut. Pameran ini dibawah anjuran Majlis Kesenian Melayu Kuala Lumpur.

Kemajuan yang terdapat dalam perkembangan seni lukis kita hari ini adalah satu tingkatan baru yang dilahirkan oleh kesedaran-kesedaran yang timbul setelah melihat dan mengetahui kemajuan dan gerakan cabang-cabang kesenian yang lain, seperti seni sastera, seni musik, seni drama dan lain-lain lagi. Perkembangan seni lukis adalah merupakan satu gerakan baru di kalangan bangsa Melayu. Peranan bahasa Melayu dalam lapangan seni lukis adalah terletak pada perkembangan /ms 16/ seni lukis itu juga. Dalam masa yang sudah-sudah bahasa tidak punya peranan yang boleh dikatakan penting dalam lapangan yang tersebut. Oleh kerana seni lukis di kalangan bangsa Melayu sendiri tidak ada menunjukkan tanda-tanda perkembangan yang memuaskan, maka tidaklah bohong. Di lapangan seni lukis, perkembangan seni lukis yang kita dapati sekarang adalah hasil dari kerja-kerja yang beransur-ansur dan sambil-sambil, dan tidak pula merupakan satu cara yang mengalirkan kesan kepada masyarakat seluruhnya. Dari itu, tidaklah hairan mengapa peranan bahasa Melayu di lapangan seni lukis tidak kita dapati penting dan dianggap perlu.

1956_sep_mastika02

Dato’ Abdul Razak, Menteri Pelajaran Persekutuan, sedang menikmati hasil-hasil seni pelukis-pelukis Melayu. Beliau diiringkan oleh saudara Hoessein, Pengerusi Majlis Kesenian Melayu Kuala Lumpur.

Hari ini, kita berada dalam satu kongres bahasa yang besar, dan dalam mana pula kerja meninjau lebih jauh tentang peranan bahasa Melayu dalam tiap-tiap lapangan dilaksanakan dengan seluas-luasnya. Sekarang seni lukis sedang menuju ke arah perkembangan, dan dalam perjalanannya itu sudah semestinya memerlukan perhubungan yang kukuh dengan masyarakat. Kita sedia maklum bahawa untuk mendapat perkembangan seni lukis yang berkesan bukanlah hanya cukup dengan mengadakan pertunjukan-pertunjukan atau kelas bagi XXX kanak-kanak kecil saja. Malahan perlu juga dengan kursus-kursus yang lebih luas lagi XXX. Dalam hal ini, bahasa sudah semestinya pula punya peranan penting atau utama dalam lapangan tersebut. Kursus-kursus atau kelas-kelas itu hendaklah diselenggarakan dengan bahasa “perantaraannya”, bahasa Melayu. Dengan ini juga berarti bahawa perkataan-perkataan asing XXX (technical terms) perlu digantikan dengan perkataan-perkataan yang sesuai dengan bahasa Melayu. Selama ini dan dari sejak dulu perkembangan seni lukis ini berjalan /ms 17/ XXX dengan tidak mementingkan XXX bahasa.

XXX saya katakan tadi bahawa bahasa XXX dalam lapangan seni lukis tidak XXX subur seperti lapangan-lapangan yang lain XXX seni sastera, seni musik dan XXX lagi tetapi bahasa Melayu boleh XXX di lapangan seni lukis sebagaimana XXX yang disebutkan tadi. Hanya XXX yang berkesan dan jitu saja mesti XXX oleh kita. Di antara langkah-langkah yang XXX penting ialah:

XXX sebagai bahasa kebangsaan, bahasa XXX hendaklah digunakan seluas-luasnya XXX dalam kursus-kursus atau kelas-kelas XXX juga dalam segala hal yang XXX dan berhubung rapat dengan seni XXX.

XXX menggantikan perkataan-perkataan asing (seperti XXX perkakas seni lukis dan XXX yang masih ada digunakan sekarang XXX perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu XXX perkataan-perkataan yang boleh diterima oleh XXX pada menggunakannya.

XXX memperkembangkan seni lukis XXX bangsa Melayu dengan memberi penuh XXX dan bantuan mengikut sebagaimana XXX dikehendaki.

“Joget Melayu”; demikian sebuah lukisan ciptaan saudara Hoessein, Kuala Lumpur – salah satu hasil seni lukis yang dipamerkan.

“Joget Melayu”; demikian sebuah lukisan ciptaan saudara Hoessein, Kuala Lumpur – salah satu hasil seni lukis yang dipamerkan.

XXX perkara yang saya sebutkan XXX ini adalah di antara lain-lain yang XXX ada baiknya kalau dilancarkan XXX agar bahasa Melayu betul-betul XXX dengan sempurna dalam lapangan XXX lukis dan bangsa Melayu. Di samping itu pula tidak ketinggalan di lapangan tersebut kiranya bangsa Melayu sendiri tidak digalakkan dalam lapangan seni lukis ini, maka berartilah juga peranan baasa Melayu di lapangan tersebut tidak akan berkesan. Ini nanti mendatangkan kerugian bagi bangsa Melayu dalam lapangan seni lukis dan bahasa.

Saya lahirkan fikiran sekumin ini dengan harapan besar perhatian dari seluruh ahli-ahli bahasa dan bangsa Melayu.

image_pdfimage_print

Comments are closed.