Projek 555

projek-555
Projek 555: Small observations at the end of 2020

We would like to invite you to be part of Malaysia Design Archive’s Projek 555 – a collection of everyday observations and reflections by different people through a mini visual diary.

What is it?

The idea is really simple. If you’re open to this, we’ll send you a small notebook (a remake of the familiar buku 555 by ana tomy) for you to jot down and record whatever you decide to, for 1 month.

Then pass this back to us, and we will include it as part of our 2020 collection both as a physical artefact that people can check out when they come to MDA, and also digitised.

The idea is inspired in part by Brooklyn Art Library’s Sketchbook Project, shared to us by a MDA supporter.

Why do this?

This year is significant, in so many ways. We have a rare moment where we’re all experiencing the same thing, in hugely different, yet resonant ways. When time passes, and history writes about this, we want to make sure that observations and experiences of people who don’t usually occupy the space of headlines are also part of this act of collective remembering.

How to do this?

1) Write to us to let us know you’d like to be part of this. Include your snailmail address.

2) Once you have the 555 books, start recording. It can be sketches, written observations, collages, small parts of newspapers stuck into it, bits of poetry, something you overheard, a colour of the day, notes to a song.. anything goes really. And of course, any language.

It’s your space – as long as you are okay for it to be part of a publicly-accessible archive. Please also add dates to the entries as it’s about this particular space-time.

3) It’s a small book, so we hope you can take it with you everywhere you go. And probably easier if you spend some time recording things down regularly.

Who can take part in this?

We’re opening this up to anyone. It’s part-time capsule, part living archive – a space for the everyday observation to be part of defining what a year is. 

You can also be a conduit to someone else whom you think is important to be, or who might like to be part of this project, but isn’t on social media spaces, or maybe has limited access to the internet. Get in touch and pass a 555 book to them, and then post it back to us when they have finished journalling. 

When to do this?

Write to us before 21 December 2020 if you’re interested. Dec seems to be a good time for the slowing down needed to reflect back on the year.

You can DM us on Twitter, Instagram, Facebook or email us. We will either mail the 555 book to you, or arrange for you to come pick it up at MDA Centre if you are in Klang Valley.

Post it back to us before 31 January to include your diary to the collection. 

That’s it!

This project is based on trust. We hope that you’ll be as excited about being part of this project as we are, and look forward to building this with everyone.


Projek 555: Pemerhatian di hujung tahun 2020

Kami ingin menjemput anda untuk turut serta dalam Projek 555 Malaysia Design Archive – sebuah koleksi pemerhatian harian dan renungan oleh orang ramai melalui sebuah diari visual mini.

Apa?

Ideanya mudah sahaja. Jika anda berminat, kami akan menghantar kepada anda satu buku catatan (sebuah versi baru buku 555, yang dihasilkan oleh ana tomy) untuk anda catat dan rekodkan apa sahaja yang anda mahu, selama sebulan. Kemudian, serahkan kembali kepada kami, dan diari tersebut akan disertakan sebagai koleksi 2020, sebagai artefak fizikal yang pengunjung boleh amati ketika mereka berada di MDA. Kami juga akan menghasilan salinan digital bagi diari tersebut.

Idea ini diperoleh daripada Brooklyn Art Library’s https://brooklynartlibrary.org/mission, saranan dari seorang rakan MDA.

Mengapa lakukan ini?

Tahun ini penuh bermakna, dalam pelbagai cara. Kita berada dalam sebuah masa yang aneh dimana kita semua mengalami perkara yang sama, namun ragam-ragamnya tidak serupa. Masa akan berlalu, dan apabila Sejarah menulis tentang detik ini, kami mahu memastikan renungan serta pengalaman mereka yang sering dipinggirkan oleh berita-berita utama menjadi bahagian daripada tindakan pengingatan kolektif ini.

Bagaimana untuk melakukannya?

Hubungi kami jika anda berminat untuk turut serta.

Setelah anda menerima buku 555 tersebut, anda boleh mula merekod. Ia boleh jadi lakaran, komen, kolaj, tampalan hasilan guntingan suratkhabar, puisi, sesuatu yang anda terdengar, warna hari ini… apa sahaja yang anda suka. Ini adalah ruang anda – selagi mana anda sudi untuknya menjadi sebahagian daripada arkib tatapan umum. Sila sertakan sekali tarikh untuk setiap catatan, kerana ia utamanya, adalah mengenai ruang dan masa ini.

Ia adalah sebuah buku kecil, maka kami berharap anda dapat membawanya bersama-sama anda kemana sahaja. Dan mungkin ia jadi lebih mudah jika anda boleh meluangkan masa untuk merekod secara berkala.

Siapa yang boleh sertai?

Kami buka peluang ini untuk sesiapa sahaja. Ia adalah sejuzuk kapsul masa – sejuzuk lagi arkib hidup – sebuah ruang untuk pemerhatian harian untuk mentaksir betapa anehnya tahun yang kita baru sahaja alami.

Anda juga boleh menjadi seorang penyampai kepada seseorang yang anda rasa penting, atau sesiapa yang mungkin berminat namun tidak berada di ruang media sosial ini. Sila hubungi mereka dan serahkan buku 555 ini.

Bila?

Hubungi kami sebelum 21 Disember 2020 jika anda berminat. Disember sepertinya masa yang andal untuk bersantai dan renung kembali tahun ini.

Anda boleh DM kami di Twitter, Instagram, Facebook atau menerusi emel. Kami akan sama ada kirimkan buku 555 ini kepada anda, atau aturkan masa untuk anda ambil di MDA jika anda berada di Lembah Klang. Hubungi kami sebelum 31 Januari 2021 untuk menghantar kembali diari anda untuk dikoleksikan.

Itu saja!

Projek ini bersandar kepada unsur amanah. Kami berharap anda akan teruja untuk menjadi sebahagian projek ini, sebagaimana juga kami, dan penyertaan daripada semua adalah dialu-alukan untuk membina koleksi ini.

Comments are closed.